Feeds RSS

Friday, April 10, 2009

Surat Tuan Guru Kepada YB Nga Kor Ming

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Thursday, April 9, 2009

Tebalnya Lapisan Pertama

Dalam riwayat Ibnu abbas r.a disebutkan bahawa jarak antara langit pertama dan kedua adalah perjalanan 500 tahun. Al-Qur'an hanya menjelaskan bahawa langit pertama (sama'uddunya) adalah yang dihiasi oleh bintang-bintang. Dengan demikian, selama masih terdapat bintang-bintang , wilayah tersebut masih dalam batasan langit pertama. Sementara para ilmuwan menghitung bahawa bintang yang paling jauh yang boleh diketahui setakat ini oleh manusia adalah sejauh perjalanan 3 000 000 000 tahun cahaya. Cahaya bergerak dalam sesaat sejauh 300 000 000 meter. Bayangkan betapa tebalnya langit pertama ini! Langit ada 6 lapis lagi. Batapa besarnya alam semesta ini!

Friday, February 27, 2009

Plasma ???

Ramai yang tertanya , apa peranan Plasma ini kepada kesinambungan pendidikan dan pembangunan bekas pelajar SMACH?PLASMA sebagai salah satu platform menjana modal insan gemilang.
Yang ingin berkongsi idea untuk pembangunan PLASMA ini bolehlah dikongsi bersama, agar kita semua terus maju dalam menempuhi kehidupan di dunia dan seterusnya kehidupan akhirat yang baik.Rencanakan pandangan anda untuk dikongsi.
PLASMA terus MAJU.

Selamat Maju Jaya Paukan Bowling Plasma

Esok, 28 Feb 2009 di Alamanda akan diadakan Perlawanan Bowling Anjuran Alumni.
Dengar-dengar cite ramai jugok la geng Plasma yang join. Syabas dan Tahniah kerana semua berani menyambut cabaran ini. Yang tidak join tu tentu ada keinginan juga nak join tapi (mungkin) batasan masa yang menghalang buat masa ni.Mungkin next time boleh join!
Semoga Plasma terus maju dengan Peneraju baru Azuan. Tahniah.

Monday, January 19, 2009

Kuala Terengganu telah bersuara!

Salam semua,
Kini semua telah maklum, suara rakyat suara keramat. Rakyat telah sedar akan peranannya sebagai rakyat dalam negara berdemokrasi.
Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Kuala Terengganu tempoh hari.
Biasakan yang baik, baikkan yang biasa!

Monday, September 15, 2008

Seronoknya main selut musim hujan ni!

Kalau kalian ada gambar cantik anak andamain selut bila musim hujan cam sekarang ni.Up-load la dalam blog kita ni. Biarlah dia main selut tu, kita mak ayah jangan alpa pula tentang keselamatan mereka.


Mimpi apa tu...?

Sesiapa yang ingin siarkan gambar anak-anak dan keluarga masing-masing bolehlah up-load ke blog kita ni sekarang. Sertakan nama setiap ahli keluarga, no.tel, alamat sekarang dan apa saja yang difikirkan perlu untuk dikongsi bersama.Selamat berkarya.